
Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian alat sulit lelaki
Saya berumur 25 thn, saya baru sahaja berkahwin dan sering melakukan hubungan intim. Sejak beberapa hari saya terasa akan pedih yg jarang berlaku apabila saya selesai kencing. Adakah ianya normal dan akan baik sendiri ? Kerana ianya kejap terasa dan kejap tidak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Keradangan
Jangkitan kuman pada salur kencing
Jangkitan kuman pada zakar atau buah zakar
Penyakit Kelamin seperti Sifilis , Gonorea , Herpes dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih