
rusniazlina79
2 tahun
Sakit pinggul hingga ke kaki sebelah kanan
Saya berusia dlm lingkungan 40an,semasa bdn x sihat n selsema tiba² bangun pg terus x boleh duduk d kerusi atau d lantai, dia seakan rase mcm nk kejang tp x kejang, nk lipat kaki sakit d pelipat yg amat sngt… Sesekali jari kaki rase sakit menyucuk…berjaln, lompat lari² ank semua ok… Cuma duduk x selesa sakit menyucuk seakan nk kejang dr pinggul sampai ke betis… Boleh saya mintak penjelasan doktr gejala penyakit apa yg sya alami sekarng ni?? Buat pengetahuan doktr saya tak pernah jatuh. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tertindih atau kecederaan pada saraf
- Guillain Barre syndrome (simptom pada saraf lazimnya selepas demam)
- komplikasi saraf daripada kencing manis (diabetic neuropathy)
- kekejangan dan sakit otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.