Sulit
4 tahun
Selsema, sakit rahang dan kepala
Saya berumur 34 tahun. Dah bertahun juga sy dikatakan mempunyai resdung. Sebab sy tak boleh makan certain makanan seperti sambal belacan & kadang2 x boleh kena habuk sangat.
Cuma lately, dalam tahun ni jugak, selsema saya macam sentiasa ada. Kdg2 just hidung berair sikit2, kadang2 tu banyak sampai meleleh. And dah beberapa kali jugak, kalau x silap dah 3 kali, saya selsema sampai rahang saya terasa sakit sangat sampai ke kepala.
Boleh minta pandangan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rinitis
- Radang sinus
- Jangkitan virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.