Sulit
3 tahun
Sesak nafas & lemah badan
Saya lelaki berumur 28 tahun…petang sabtu saya workout berlebihan…habis workout saya berasa terlalu pening,sesak nafas Dan mahu pitam…keesokan hari saya pergi klinik,doktor cakap tekanan darah saya tinggi…apakah masalah saya sebap sebelum ni tak pernah macam tu
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami simptom pening, sesak nafas serta hampir pita selepas bersenam secara berlebihan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, senaman berlebihan sememangnya boleh mengakibatkan simptom anda. Terutama sekali jika anda:
- kekurangan air
- kadar gula dalam badan rendah
- letih berlebihan
- teknik penafasan semasa senaman yang salah
Manakala tekanan darah pula boleh menjadi tinggi jika anda stres. Selagi doktor tidak memberikan ubat untuk tekanan darah tinggi, anda masih lagi sihat. Terutama sekali jika anda amalkan pemakanan sihat serta bersenam mengikut keupayaan.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.