Sulit
3 tahun
Sukar bernafas dan sejuk satu badan
Hye doctor. Saya nak tanya kenapa saya sekarang sukar bernafas, bila bernafas nafas jadi pendek, dan badan menjadi sejuk. jantung saya berdegup laju. Berdebar debar…sampai kdg tu jadi pening. Boleh saya tahu sakit apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesukaran bernafas disertai dengan gejala-gejala lain. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, gejala berat untuk bernafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- Alahan
- Resdung
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Bagaimanapun, gejala sedemikian juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Asma
- Jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Oleh itu anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.