Sulit
2 tahun
Sukar bernafas perut senak Dan sukar tidor
Saya berusia 60th, saya. mengalami sesak nafas Dan perut sentiasa rasa senak…sukar tidor malam rasa tak resah hampir 2 minggu. Disamping itu saya mengalami darah tinggi Dan jantung minor Dan sentisa makan ubat…mohon penjelasan doctor.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda rasa sesak nafas, perut senak dan sukar tidur sejak 2 minggu lepas. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gastrik
- Penyakit pada esofagus (tiub menelan)
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan pada sistem pencernaan
- Penyakit pada sistem pernafasan
- Rasa tertekanan
Walau bagaimanapun, senarai ini hanyalah senarai umum yang tidak khusus kepada situasi anda. Bagi memberikan pengenalan penyakit yang tepat, kami perlu bertanya soalan yang lebih lanjut untuk memahami situasi anda dengan teliti.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan serta rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat dan rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.