Sulit
3 tahun
Tekanan darah tinggi saya normal je
Saya ade masalah bila xboleh kawal kemarahan… bila marah/stres je mesti kepala rasa mcm panas,xselesa bernafas.otot di dada rase ketat xselesa bernafas pastu mesti akan sendawa.td saya tgah rilek2 duduk pastu terkejut terus bangun dari duduk, jantung berdegup laju tapi xsakit pun tapi saya rasa mcm nak muntah(mungkin takut). Adakah saya sudah mempunyai tekanan darah tinggi?cbb dulu saya kuat sgt stres(kira hari2 stres).tapi check tekanan darah tinggi normal je(paling tinggi pun 136 mcm tu).
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, berikut merupakan tahap julat bagi tekanan darah normal dan tahap tekanan darah tinggi (hipertensi):
- Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg
- Meningkat: Antara 120/80 hingga 129/80 mmHg
- Tahap 1 tekanan darah tinggi: 130-139 / 80-89 mmHg
- Tahap 2 tekanan darah tinggi: 140/90 mmHg dan ke atas
- Krisis tekanan darah tinggi: lebih daripada 180/120 mmHg dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Sekiranya tekanan darah anda berada di atas paras normal, anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menurunkannya.
Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala walaupun bacaan tekanan darah mencapai paras yang tinggi. Sebaliknya mereka mungkin mengalami simptom seperti sakit kepala dan sesak nafas. Tetapi tanda-tanda dan gejala ini tidak spesifik dan biasanya tidak akan berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai peringkat yang teruk atau mengancam nyawa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih