
Anonymous
3 years
Adakah mandi lewat malam sebabkan kematian mengejut?
Saya ada dua anak, seorang berusia 3 tahun dan seorang lagi 9 bulan. Kadang-kadang saya mandikan anak agak lewat sekitar jam 9 malam. Saya ada terlihat satu video mendakwa antara punca kematian mengejut adalah kerana kerap mandi lewat malam. Video itu dakwa mandi lewat malam boleh menyebabkan strok, jangkitan pada paru-paru, sakit kepala yang kronik, angina pectoris, dan facial paralysis. Video itu juga dakwa tidak boleh mandi selepas 11 malam. Adakah dakwaan video itu benar?

3 years
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk pengetahuan anda, itu hanyalah mitos semata-mata. Anda boleh mandi pada bila-bila masa. Terdapat beberapa kebaikan juga sekiranya anda mandi pada waktu malam:
- Anda berasa lebih segar dan selesa untuk tidur
- Badan anda berasa sejuk
- Membuatkan badan anda lebih relaks
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.