Anonymous

3 years

Period darah berketul

Saya masih dalam 20 an dan semenjak 5 tahun lebih period saya asyik berketul dan sehari dalam 5 pad saya tukar. Hari 2,3 paling banyak sampai 30 minit je dah separuh. Darah keluar bersama jelly like dan ketul besar sampaikan ada contractions masa ketulan besar tu nak keluar

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang masalah haid berketul. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • Dysfunctional uterine bleeding
  • Fibroid
  • Polip di rahim atau serviks
  • Radang pelvis kronik
  • Kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • Barah di serviks atau dinding rahim
  • PCOS
  • Penyakit bekuan darah

Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala seperti:

  • ingin pengsan
  • degupan jantung lemah
  • keletihan
  • sukar bernafas
  • tangan dan kaki menjadi sejuk

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.

Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_137778732_aCNH8Paz4BgERewfelaQk36OTynTf0r6

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.