Anonymous

3 years

Plan nak dapatkan anak dalam waktu terdekat tapi mengambil vaccine dalam masa yang sama

Saya Dan suami dalam usaha untuk dapatkan zuriat. Boleh Kah kami mengambil vaksin covid dalam waktu terdekat

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang bolehkah mengambil vaksin COVID-19 jika sedang berusaha untuk hamil. Kami akan cuba memberikan keterangan.

Untuk makluman puan, pasangan yang merancang untuk mendapat anak amat disarankan untuk mengambil vaksin COVID-19. Ini bukan sahaja melindungi anda, malah bakal bayi anda kelak.

Vaksin tidak menjejaskan kesuburan anda mahupun suami, oleh itu, tidak perlu risau untuk mengambil vaksin ini.
Sekiranya anda masih ragu-ragu atau mempunyai soalan lanjut, sila rujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi atas talian agar kami boleh membantu anda.

Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.