Anonymous
3 years
Saya baru kena gout tahun ni selepas pergi check di klinik
Saya baru berumur 23 tahun. Saya baru sahaja tahu yang saya menghidap gout bila pergi ke klinik. Sebelum ini saya selalu pergi gym dan ambil supplement Whey Protein dan Creatine Monohydrate. Bila saya dah kena gout ni boleh kah saya ambil Whey Protein dan Creatine lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda baru dikenal pasti sebagai pesakit gout dan kini ingin mengetahui adakah selamat untuk anda mengambil whey protein auat creatine. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gout adalah sakit sendi yang disebabkan oleh akumulasi asid urik. Ia boleh terjadi sama ada badan anda menghasilkan terlalu banyak asid urik atau ginjal membuang terlalu sedikit urik asid anda. Penyakit ini menyebabkan pesakit perlu mengurangkan kadar pengambilan protein seharian kerana ia mengandungi purines yang akan diproses menjadi asid urik.
Daripada maklumat tersebut, whey protein dan creatine sememangnya mengandungi purines biarpun dalam kuantiti yang sedikit. Namun begitu, tiada lagi kes di mana pesakit mengalami gout semata-mata kerana whey protein atau creatine. Perkara ini banyak bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut. Termasuklah tahap kesihatan ginjal mereka.
Oleh itu, kami tidak dapat menyatakan dengan konklusif sama ada anda boleh meneruskan atau perlu berhenti mengambil whey protein dan creatine. Terutama sekali kerana tiadanya keputusan ujian klinikal, sejarah kesihatan serta pemeriksaan fizikal komprehensif untuk melihat tahap penyakit gout anda.
Nasihat kami adalah supaya anda bercakap serta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil bahan-bahan tersebut. Anda juga boleh membuat temu janji bersama doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.