
Sulit
4 tahun
Angin dalam badan ganggu pernafasan
Saya berumur 24 tahun dan skrg sdg mengalami angin dalam bdn yg ketara sehinggakan pernafasan sy tidak sprti biasa. Sy sudah mkn ubat utk hilangkan angin namun masih tiada prubahan. Apa yg perlu saya buat ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu dibimbangkan. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan angin badan dan mengurangkan berat badan adalah:
- Makan dalam jumlah yang sedikit
- Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
- Berhenti merokok
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan gula
- Perbanyakkan bersenam walaupun berjalan di taman
Masalah gangguan pernafasan anda ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit di bahagian dada? Pakar jantung kami sedia membantu!