
Sulit
4 tahun
Apa kegunaan ubat cloxacillin sodium 500mg
Apa ka kegunaan ubat ini badan tubuh badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat cloxacilin sodium.
Untuk makluman anda, ubat ini juga dikenali sebagai cloxacilin. Ubat ini adalah antibiotik untuk melawan sebarang bakteria yang telah menyerang tubuh anda. Ubat ini memerlukan preskripsi daripada doktor anda perlu mengambil ubat ini mengikut arahan yang telah diberikan.
Ubat ini mungkin akan memberikan kesan sampingan seperti:
- Ketidakselesaan perut
- Muntah
- Loya
- Cirit birit
Sekiranya gejala sebegini berterusan, sila berjumpa dengan doktor anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.