
Sulit
5 tahun
Apa yang akan terjadi saat menghisap ataupun mengulum penis suami
Saya seorang wanita yang sudah bernikah, dan ingin bertanya adakah jika saya menghisap ataupun mengulum penis suami ianya akan mengakibatkan buruk buat diri saya dan juga penis suami.? Dan apa yang terjadi jika saya menghisap penis suami adakah ianya mampu membuat penis suami saya menjadi lebih keras… Kerana sebelum ini penis suami saya tidak mau keras…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pandangan dari kaca mata perubatan berkenaan isu ini ialah, bekenaan dengan kebersihan ataupun hygiene. Terma yang digunakan bagi keadaan/perbuatan yang anda katakan dia atas ialah seks oral. Untuk pengetahuan anda, seks oral ini berisiko dari segi menyebarkan sakit kelamin melalui penyebaran cecair kelamin. Penyakit seperti
- Ketumbuhan wart pada kemaluan
- Clamidia
- HIV
- Sifilis
- Herpes
- Keradangan hati (hepatitis)
Perkara ini lebih mudah terjadi apabila anda memiliki ulser atau kecedraan pada mulut, kecederaan pada bahagian kemaluan pasangan dan jangkitan pada tekak. Oleh itu, sila elakkan daripada seks oral jika anda mengalami masalah tersebut.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat diperlukan. Terima kasih.