Anonymous
5 tahun
Bahaya mengandung selepas czer
salam sejatera… seblum ini sya ada menanyakan pendarahan yg saya alami…sya suda hamil 2bulan… ada kh pendarahan yg sya alami disebabkan jarak kelahiran… seblum ini yg bersalin czer…usia baby skrg 1tahun 6bulan…adakah bahaya untuk hamil skrg…terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap status kesihatan
anda.Secara amnya, tempoh 18 bulan bagi yang bersalin secara normal dan 2-3 tahun bagi yang bersalin secara pembedahan. Ini dapat memastikan bayi anda mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya dan memberi masa yang cukup untuk badan ibu pulih sepenuhnya.
Tempoh ini juga membenarkan ibu memberikan perhatian yang secukupnya kepada bayi tanpa perlu berasa risau tentang masalah yang sering dikaitkan dengan mengandung. Anda amat disarankan untuk mendapatkan pendapat pakar dalam hal ini.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.