Sulit
2 tahun
Perempuan Dara Mengandung
Saya nak berapa peratusan untuk wanita yang masih dara dan telah buat hubungan petting mengandung? Dan pernahkah ade kes dimana wanita dara mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Seorang wanita boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual
Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, persenyawaan masih boleh berlaku jika air mani berada di sekitar kawasan vagina.
Terdapat 2 komponen yang penting untuk menjadikan kehamilan.
- Sel telur wanita dikeluarkan 1 kali dalam purata setiap 28 hari dikenali sebagai proses ovulasi. Bertahan 24 jam pada saluran tuba rahim, kemudian akan meleburkan diri jika tidak dibuahi.
- Sperma. Jika dikeluarkan didalam vagina wanita, akan dapat bertahan hidup hingga 5 hari.
Kehamilan dapat terjadi bila ada pembuahan sel telur wanita oleh sperma. Sperma yang keluar disemprotkan ke dalam vagina wanita akan berjalan menuju saluran rahim tempat sel telur menunggu. Kesempatan untuk terjadinya kehamilan adalah pada saat masa subur, iaitu saat ovulasi yang dihitung dalam purata 14 hari selepas haid.
Jika sperma telah masuk namun bukan pada masa subur, umumnya tidak dapat terjadi kehamilan, Oleh itu, dalam senario seperti diterangkan, kemungkinan untuk hamil adalah kecil kerana tiada proses kemasukan alat kelamin suami ke kelamin wanita dengan pengeluaran sperma yang lebih kurang.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat informasi lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.