Sulit
2 tahun
Boss saya merokok dan saya mengandung
Salam & Hi.
Saya staff baru di sebuah syarikat swasta, pada bulan April saya disahkan mengandung. Bos saya seorang perokok tegar dan selalu merokok dalam pejabat. Ada masa saya rasa lemas dengan asap rokok tapi tak dapat buat ape.
Saya risau kerana saya mengandung. Ada ke supplement/ apa2 ubat yang boleh mengurangkan risiko secondhand smoke kepada bayi saya? Atau apa2 tip untuk mengurangkan risiko kepada saya dan bayi.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pendedahan kepada asap rokok semasa hamil akan:
- Mengurangkan jumlah oksigen yang tersedia untuk anda dan bayi anda yang semakin membesar
- Meningkatkan kadar denyutan bayi anda
- Meningkatkan kemungkinan keguguran dan kelahiran mati
- Meningkatkan risiko bayi anda dilahirkan dengan pramatang dan / atau dilahirkan dengan berat lahir rendah
- Meningkatkan risiko bayi anda mengalami masalah pernafasan (paru-paru)
- Meningkatkan risiko kecacatan kelahiran
- Meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Lebih banyak asap rokok yang anda ambil setiap hari, semakin banyak peluang bayi anda untuk mendapat masalah-masalah kesihatan ini dan lain-lain.
Berkenaan dengan suplemen atau ubat yang boleh mengurangkan risiko untuk bayi anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor ataupun ahli farmasi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.