Sulit
2 tahun
Keluar ketulan daging dari miss v semasa mengandung
Saya wanita dalam 20 an sedang mengandung 5 bulan. Sy nak tanya. Sejak akhir - akhir ni, sy perasan setiap kali sy nak basuh kencing, ada ketulan daging dari dalam miss v nak keluar. Tp, tak sakit. Sebelum ni , takde. Makin lama makin nak keluar daging tu. Adakah sebab perut makin membesar, jadi dia tolak daging yang kat dalam miss v tu? Normal ke? Bg kesan dkt baby dlm kndgn ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Kami memahami kerisauan anda, tetapi kami memerlukan maklumat lanjut supaya kami dapat memberikan anda diagnosis yang lebih tepat.
Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh ‘vaginal prolapse’ ataupun disebabkan oleh otot pelvis yang lemah. Sila rujuk kepada doktor pakar sakit puan supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan seterusnya dirawat.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.