Sulit
2 tahun
Kesan buruk makan makanan pedas ketika hamil
Saya wanita berusia 27 tahun dan sedang hamil anak pertama 27 minggu. Saya terasa ingin makan mee segera pedas (ramen) tetapi risau akan memberi kesan buruk terhadap kandungan. Adakah ibu hamil yang makan makanan terlalu pedas akan memberi kesan buruk kepada anak dalam kandungan? boleh menyebabkan keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda mengajukan soalan tentang kesan makan pedas ketika hamil. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, makanan pedas tidak membahayakan kandungan. Anda boleh makan pedas ketika hamil jika anda tiada sebarang sejarah alahan terhadapnya.
Namun begitu, perlu beringat dan tidak makan berlebihan kerana wanita hamil mudah mendapat gejala asid refluks dan makanan pedas boleh memburukkan keadaan ini.
Mi segera juga adalah kurang berkhasiat dan tinggi garam. Jadi anda tidak digalakkan untuk makan secara berlebihan.
Kami berharap penerangan ini membantu anda. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi lanjut dengan doktor secara atas talian. Terima kasih.