Sulit
2 tahun
Muntah tak henti / keletihan mudah mengantuk
Saya wanita berumur 20an . Sejak kebelakangan ini saya kerap muntah dan berasa keletihan setelah saya tertelan air mani dari seks oral . Adakah menyebabkan saya mengandung atau pun tidak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanya tentang jika tertelan air mani boleh menyebabkan kehamilan atau tidak. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, tertelan air mani tidak menyebabkan kehamilan. Dari mulut anda, ia akan masuk ke saluran pemakanan, esofagus, perut, kemudian duodenum, usus kecil dan kemudian usus besar sebelum sampai ke dubur untuk dibuang. ia sama sekali tidak akan sampai ke rahim anda.
Gejala muntah dan keletihan yang anda alami boleh disebabkan oleh perkara lain selain kehamilan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi dengan doktor secara atas talian bagi penerangan lebih lanjut. Terima kasih.