Sulit
2 tahun
Megandung sebelum 2 tahun
saya berumur 28 tahun, mempunyai cahaya mata berumur 7 bulan, dn saya check upt saya positif… sya bersalin normal, adakah patut saya teruskn kandungan yang kedua nie… terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan dan maksimum 24 bulan antara kehamilan. Kehamilan kurang daripada 12 bulan selepas bersalin dikaitkan dengan bahaya untuk wanita dari semua peringkat umur.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.