Sulit
2 tahun
GDM ketika mengandung
Selamat pagi Doktor.
Saya ibu mengandung 17 minggu. Soalan saya adalah, kenapa bacaan gula saya ketika berpuasa lebih tinggi dari selepas makan?
Mohon pencerahan dari pihak Doktor.
Terima kasih😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bacaan gula normal untuk ibu mengandung atau bsp bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Untuk pengetahuan, BSP merupakan singkatan kepada profil gula dalam darah.
Berikut merupakan garis panduan bacaan daripada American Clinical O&G (ACOG):
- Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <95 mg/dL (5.3 mmol/L)
- 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <140 mg/dL (7.8 mmol/L)
- 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada <120 mg/dL (6.7 mmol/L)
Walau bagaimanapun,bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah berbeza bagi setiap individu.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan bacaan gula menjadi tinggi biarpun anda berpuasa. Antaranya:
- Pengurangan pengambilan ubat kencing manis
- Pengambilan makanan yang berlebihan ketika berbuka / sahur
- Kurang pengambilan air dan dehidrasi (kekontangan air)
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.