Sulit
2 tahun
Vitamin b complex untuk ibu mengandung
Saya sedang mengandung kali pertama 10 minggu dan sekarang kerap rasa nak pitam dan pening kepala. Saya pernah ada sejarah hb low dan saya ketahuinya semasa saya nak derma darah.
Adakah vitamin B complex jenama Blackmore boleh diambil oleh ibu mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan ( anxiety) , kemurungan ( depression ), stres
Sebelum mengambil apa-apa suplemen, sebaiknya berbincang dengan doktor atau ahli farmasi jika anda hamil.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.