Sulit
2 tahun
Pituitary gland tumor
Saya berusia 31 tahun… telah menjalani buang ketumbuhan pada kelenjar pituitary pd tahun 2017…selepas op, sy menghadapi masalah kesuburan… tiroid rendah, prolactin tinggi… kitaran haid tidak normal… terpaksa ambil pil perancang utk period jika tidak, sy takkan period… Apakah ada rawatan utk hormon terapi utk stabilkan hormon dalam badan.apakah saya berpeluang untuk hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda telah membuang ketumbuhan pada kelenjar pituitari 5 tahun lepas dan mempunyai persoalan tentang cara untuk hamil. Antara kemungkinan sebab wanita susah hamil.
- Masalah bukan spesifik seperti umur lanjut, berat badan, merokok dan stres
- Masalah ovari seperti PCOS
- Masalah tiub fallopio
- Masalah rahim
- Masalah hormon seperti prolactin tinggi, FSH dan LH kurang, estrogen kurang
Untuk pengetahuan anda, ubat hormon berkenaan perlu dipreskripsi oleh doktor selepas pemeriksaan dan ujian darah supaya hormon anda dapat distabilkan sebagai persediaan untuk kehamilan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.