Sulit
2 tahun
Berpuasa 15weeks pregnant
Hi . Saya pregnant 15 weeks . Saya nak tanya adakah normal waktu berpuasa rasa senak atau sakit di bawah perut ? Adakah saya perlu berbuka ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,wanita hamil masih boleh berpuasa ketika bulan ramadhan. Namun, perlu memastikan mengambil makanan yang secukupnya ketika sahur dan berbuka. Di samping itu, suplemen seperti folic acid, iron dan calcium juga perlu diambil sewaktu kehamilan.
Bagi keadaan anda, jika waktu berpuasa rasa sakit di bawah perut dan bagi mengelakkan sebarang kesulitan terhadap kandungan, disarankan untuk tidak berpuasa atau jika masih ingin berpuasa, pastikan dapat makanan yang cukup ketika sahur.
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.