Sulit
2 tahun
Sakit belakang dalam Trimester 3
Saya wanita berusia 27 tahun dan sedang hamil anak pertama 34 minggu. Sekarang saya selalu berasa sakit belakang badan, tapak kaki dan tangan. Bolehkan saya menggunakan salonpas patch di belakang badan dan minyak panas pada tapak kaki untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Adakah akan memberi kesan yang buruk kepada bayi dalam kandungan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi kongsi kebimbingan anda.
Saya memahami situasi yang dialami dan akan cuba membantu anda.
Sakit belakang semasa mengandung adalah aduan biasa golongan wanita. Berat badan anda bertambah, pusat graviti anda berubah, dan hormon anda mengendurkan ligamen pada sendi pelvis anda. Hampir kebanyakan wanita hamil mengalami sakit belakang, terutamanya di bahagian bawah punggung dan pinggul. Oleh kerana keadaan ini menyebabkan banyak masalah, ia akan menyukarkan untuk menjalankan aktiviti harian dan juga akan menjejaskan kualiti tidur malam anda.
Walaupun kesakitan boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, ia biasanya bukan tanda bahaya sama ada kepada anda atau bayi anda. Terdapat beberapa tanda amaran yang perlu diberi perhatian seperti:
- Anda Mengalami Pendarahan Faraj atau pengetatan Rahim
- Deman dan kesakitan yang tidak dapat ditahan
- Kekejangan di bahagian rahim
- Sakit sporadis
Jika anda mengalami kesakitan ringan hingga sederhana yang mengehadkan keupayaan anda untuk berfungsi atau melakukan aktiviti, anda harus merawatnya. Rawatan boleh menghentikan perkembangan kepada sakit pinggang pelvis yang lebih teruk atau kronik.
Pemeriksaan kesihatan lanjut perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca kesakitan yang anda alami. Saya sarankan untuk mendapatkan nasihat sesuai daripada doktor untuk membantu anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami dalam talian untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Saya harap maklumat yang diberikan dapat membantu anda. Terima kasih