Sulit
2 tahun
Pregnant 5 minggu tapi janin 4 minggu
HELLO DOC, SY 1ST PERIOD PADA 2.4.2022… PADA 7.5.2022 SY CHECK UPT DOUBLE LINE… SY BUAT PEMERIKSAAN DOC DI KLINIK DAN DOC SCAN VIGINA, KATANYA BABY 4 MINGGU…KLAU MENGIKUT PENGIRAAN DARI 1ST PERIOD KANDUNGAN 5 MINGGU KENAPA MACAM TU YAA. ADE APE2 MASALAH KE?, MOHON PENCERAHAN DOCTOR, TRIMA KSIH
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang jangka kehamilan.
Tarikh hari pertama haid terakhir (Last Menstrual Period) dijangka pada 2/4/2022 = Period of amenorrhea (tempoh tiada haid) dijangka dalam 5 minggu
Keputusan ultrasound menunjukkan tumbesaran janin (Period of gestation) selama 4 minggu
Kedua-dua tempoh ini (POA dan POG) adalah penting untuk menjangka tarikh lahir janin.
Untuk keadaan anda, EDD(Estimated Due Date) mungkin 9 Jan 2023 sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan.
Anda mungkin melihat doktor menulis REDD ( revised estimated due date ) yang membawa maksud tarikh tersebut ditentukan dengan menggunakan ukuran dalam ultrasound berbanding dengan EDD ( estimated due date ) yang menggunakan kaedah kalendar.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.