Sulit
2 tahun
Risau dengan bayi di dalam kandungan
Salam Dr. Saya nak tanya, kucing saya ada gigit plastik susu saya dan ada beberapa kesan koyak & gigitan, masih boleh guna ke susu tersebut? saya pregnant takut ada apa2 kesan pada bayi di dalam kandungan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Saya menyarankan anda supaya mengelakkan daripada menggunakan susu tersebut untuk mengelakkan sebarang jangkitan kepada anda dan bayi anda. Anda boleh menyimpankan bahan makanan dalam kotak plastik bertutup yang lebih kukuh dan meletakkannya dalam kabinet.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauan, sila merujuk kepada doktor anda untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk berbincang serta mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.