Sulit
2 tahun
Kerap scan kehamilan
Saya wanita berusia 27 tahun dan sedang hamil anak pertama 16 minggu. Saya dan suami menunggu hampir 1 tahun lebih untuk dapatkan zuriat ini, saya mempunyai perasaan paranoid terhadap keadaan dan kesihatan bayi dalam kandungan saya. Saya rasa ingin melakukan scan setiap minggu untuk mengetahui tahap perkembangan bayi saya ini. Untuk makluman, sepanjang kehamilan saya tiada alahan, tiada pendarahan atau sakit perut. kali terakhir saya melakukan scan pada kandungan usia 14 minggu, bayi saya membesar dengan baik termasuk saiz dan berat normal mengikut minggu. Saya risau apabila terbaca kisah jantung bayi terhenti dalam kandungan tanpa tanda. Adakah terdapat tanda-tanda pada fizikal ibu yang boleh memberi petunjuk sekiranya terdapat masalah pada kesihatan bayi saya tanpa melakukan scan?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda berasa risau tentang keadaan janin anda.
Berikut merupakan beberapa tip untuk mendapati masalah janin seawal mungkin.
- Memantau pergerakan janin. Jika pergerakan janin didapati berkurangan secara berturut-turut, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
- Memantau gejala sendiri seperti demam, susah nafas, sakit perut dan pendarahan serta mendapatkan rawatan secepat mungkin.
- Menjalankan pemeriksaan secara berkala. Denyutan jantung bayi boleh didengari melalui pemeriksaan fizikal menggunakan stethoscope ataupun ultrasonografi. Denyutan janin boleh menjadi sukar untuk didengari jika kandungan air terlebih dan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab lain.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.