Sulit
2 tahun
Suami pancut di atas badannya sendiri
hai doktor. saya ingin bertanya, pada 12/6/22 saya dan suami ada melakukan hubungan. tetapi suami tidak memasukkan zakarnya kedalam vagina saya. kami hanya foreplay kemudian beberapa minit kemudian suami memegang zakarnya dan dia pun pancut diatas badannya sendiri (masa suami pancut saya berada di atas badan suami) untuk pengetahuan doctor, semasa kami berhubungan, saya langsung tidak menanggalkan seluar&spender saya dan ketika suami pancut pun saya masih memakai seluar&spender. hari pertama last period pada bulan 4 ialah 21/4/22 dan hari pertama last period pada bulan 5 ialah 20/5/22. saya sudah membuat ujian upt smlm dan didapati negatif. saya ingin bertanya pada doktor, adakah boleh mengandung jika suami tidak memasukkan zakar dlm vagina? dan adakah boleh mengandung jika saya langsung tk menanggalkan seluar semasa kami foreplay? saya amat2 keliru memandang haid saya pada bulan ini tidak dtg2 lagi. mohon membantu tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Tanpa penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Namun begitu sekiranya cecair air mani pasangan termasuk ke dalam faraj, kemungkinan untuk hamil boleh berlaku, Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!