Sulit
2 tahun
Pengiraan tempoh kehamilan
Hi, doktor. Saya ada kemusykilan berkenaan tempoh kehamilan. Saya telah lewat datang bulan hampir 2 bulan. Ujian kehamilan saya juga positif. Tarikh hari pertama terakhir saya datang bulan adalah pada 9/6/2022. Tarikh terakhir saya bersama suami adalah pada 27/6/2022. Namun, hari ni saya ke klinik untuk scan pregnant, doktor mengesahkan usia kandungan masih kecil dan hanya terlihat kantung baby sahaja, bermaksud baby masih dalam usia beberapa minggu. Adakah ia normal? Berapa lama sperma boleh berada dalam rahim perempuan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang usia kandungan. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman puan, biasanya usia kandungan dikira dari tarikh hari pertama datangnya haid terakhir.
Namun adalah normal untuk usia kandungan berlainan dari tempoh tersebut, terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur.
Sperma pula boleh hidup di dalam organ peranakan wanita sehingga 5 hari.
Saya berharap penerangan ini membantu anda. Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut. Anda boleh bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi. Terima kasih.