
Anonymous
5 tahun
Bayi Meninggal dalam Perut dan uri berada di bahagian bawah
Kami baru kematian bayi/janin dlm kandungan dlm usia 23 minggu 4 hari yang dikenal pasti pada 11 jun 2019. Dan bayi belum dapat di keluarkan dari dlm rahim kerana lokasi uri di bahagian bawah laluan keluar. Doc bagi tempoh dalam seminggu sehingga selasa depan untuk tdkn seterusnya.
Adakah selamat untuk isteri saya ?
Pohon pandangan dan khidmat nasihat dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami bersimpati terhadap masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keguguran boleh menyebabkan risiko:
- pendarahan - sekiranya terlalu banyak, boleh menyebabkan kematian
- sakit perut yang teramat
- Jangkitan kuman
- perforasi - menyebabkan lubang pada dinding rahim
Anda disarankan untuk berbincang dengan pakar sakit puan anda. Pakar sakit puan anda adalah lebih arif dan mengetahui tindakan yang terbaik untuk anda untuk megelakkan risiko pada diri dan janin anda.
Anda juga merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi. Terima kasih.