
Sulit
4 tahun
Bintik bintik merah kecil di tangan
saya wanita berumur 21 dan belum berkahwin. saya ingin mengatakan yang saya mendapat bintik bintik merah kecil di tangan saya dan ianya tidak gatal dan ada 1 2 bintik saja yg timbul dan ia bukan seperti ruam yg timbul rapat rapat tetapi ia timbul dalam 3 4 bintik merah kecil lain lain tempat. adakah itu alergi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik-bintik kecil di tangan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Ekzema
- jangkitan virus - seperti Chicken Pox
- Gigitan kutu
- Gigitan serangga terbangan
- Reaksi anaphlyaxis
Semua perkara yang disebut di atas boleh menyebabkan keradangan pada kulit sehingga menjadikan bintik-bintik merah.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan yang betul
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih