
Sulit
5 tahun
Daki di ketiak dan di bahagian pelipat
hi , saya seorang wanita , saya mengalami daki di bahagian ketiak . sebagai dr awak sarankan ubat apa ya untuk saya yang berkesan hilang kan daki yang boleh di beli di farmasi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, daki di ketiak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat sel kulit mati yang menumpuk dan tidak dibersihkan
- Akibat mencukur
- Akibat penggunaan sesetengah produk seperti deodoran dan sebagainya yang mungkin tidak sesuai dengan anda
- Akibat masalah hormon
- Akibat penyakit tertentu
Sebetulnya, sekiranya kondisi terlalu berat, anda digalakkan untuk merujuk ke doktor kerana dikhuatiri terdapat penyakit yang mendampingi masalah ini. Bagi mengurangkan darjah keparahan penyakit, anda digalakkan untuk:
- Kenalpasti penyebab masalah seperti diatas
- Menggunakan pakaian daripada bahan yang menyerap peluh
- Menggunakan produk yang sesuai dan tidak mengiritasi kulit anda
- Menggantikan cara menghilangkan bulu ketiak seperti beralih kepada plucking atau waxing dan lain-lain
- Melazimkan menggunakan scrub di bahagian ketiak supaya sel kulit mati dapat dienyahkan
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.