Anonymous
5 tahun
Gastrik dan Kembung perut
Saya lelaki dalam 20-an mengalami sakit gastrik seminggu yang lalu. Saya telah menjaga dan mengawal kaedah pemakanan agar gastrik sembuh. Tetapi setelah saya makan, saya asyik merasakan bawah dada sebelah kanan kembung malah asyik berasa lapar walaupun baru selesai makan dalam 1 jam yang lalu. Adakah masalah saya adalah gastrik belum sembuh atau mengalami sakit gastrik yang lain. Saya takut sesuatu terjadi pada saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mengenai masalah gastrik yang anda hidapi, pihak kami memerlukan keterangan lanjut mengenainya. Bagaimana anda mengetahui anda menghidap gastrik? Apakah rawatan yang anda telah ambil? Apakah cara yang anda lakukan dalam mengawal pemakanan tersebut?
Kami juga memerlukan maklumat lebih lanjut tentang latar belakang kesihatan anda dan maklumat lain. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini agar dapat diselesaikan. Klik pada link ini (DoctoOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.