Sulit
3 tahun
Gastrik sudah sembuh , kurang selera makan , kuantiti air kencing sedikit , buang air besar jarang
Saya lelaki umur 24 , obesiti , mengalami gastrik selama seminggu … cirit berdarah sekali sahaja selepas mengambil ubat Mist Carminative selama 2 hari … sekarang kurang selera makan dan kuantiti air kencing sedikit , buang air besar jarang … saya makan dalam kuantiti yang kurang agar gastrik tidak kembali sakit …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kurang selera makan.
Untuk makluman anda, masalah kurang selera makan boleh terjadi akibat:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Saya tidak boleh menyimpulkan kondisi adik anda kerana persoalan yang lebih lanjut perlu diambil kira. Sekiranya adik anda mengalami gejala lain seperti dibawah, sila berjumpa dengan doktor :
- Turun berat badan mendadak dalam masa sebulan
- Pengsan
- Pucat
- Demam
- Perubahan sikap
Dapatkan pemakanan yang sihat untuk tubuh yang cergas !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.