Sulit
3 tahun
Tiada selera makan selama seminggu
saya wanita berumur 21 tahun, dalam seminggu yang lepas dan sampai sekarang saya tidak ada selera makan. bila makan je sikit, tapi perut rasa lapar. boleh saya tahu berpunca daripada apa ya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tiada selera makan walaupun rasa lapar, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyahhidratan
- Stress, kegelisahan, gangguan emosi
- Jangkitan
- Kehamilan
- Penyakit kurang darah
- Gangguan pemakanan
- Ketidakseimbangan hormon
- Kesan sampingan sesetengah perubatan seperti ubat penahan sakit, darah tinggi, steroid dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya dapatkan penjelassan atau rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.