Sulit
3 tahun
Kembung dan tiada selera makan
Saya tasya. 19 tahun Saya nak tanya, Saya kembung perut dah nak masuk 7 hari dan loya tekak, perut saya selalu berbunyi dan kentut tak henti. Sendawa pun selalu. Selera makan pun tiada. Haritu saya ada makan pedas. Tiba tiba haid dan Buang air besar sehari sekali saja sedangkan saya makan terlalu banyak… Boleh saya tahu apa penyakit yang saya hadapi?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih