Sulit
3 tahun
Makan sekali sehari Sahaja
Hello Doc. Sy seorang wanita berumur 28 tahun & belum berkahwin… Semenjak sbln yg lalu, sy tdk mempunyai selera utk makan & hanya akan makan sekali sahaja sehari (tanpa memakan nasi) h berat bdan turun… Adakah akan menyebabkan gastric atau sakit lain sekiranya diteruskan sebegini ? TQ doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini, tidak berselera makan dan penurunan berat badan mempunyai beberapa punca, contohnya stress, penyakit pada sistem pencernaan, penyakit mental dan ketumbuhan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.