Sulit
3 tahun
Hilang selera makan lebih sebulan
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya ada masalah hilang selera makan dan loya. Berat badan turun mendadak dalam masa satu bulan. Selalu pening dan sakit kepala, tidak muntah, hanya rasa mual dan loya2 tekak. Kadang2 perut saya sakit. Saya bimbang kerana kitaran haid yg sebelum ni normal tetapi sekarang dah masuk 3 bulan saya tak datang haid. Jika paksa makan saya akan rasa mahu muntah. Selain itu, jantung saya sering berdegup dengan kencang. Saya lebih beremosi dan suka menyendiri, sensitif dan tidak mahu bergaul dengan orang lain serta tiada mood untuk membuat apa2. Apakah simptom yg saya alami doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala cepat kenyang selepas makan boleh menjadi salah satu tanda penyakit seperti:
- Gastroparesis
- Kanser perut
- Radang pada perut atau usus
Bagi masalah mual dan sakit kepala pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada perut
- Ibu mengandung
- Migrain
- Keradangan otak, hati ataupun paru-paru
- Komplikasi sakit kencing manis
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.