Sulit
3 tahun
Masalah berat badan, tiada selera makan
Hi Dr. Saya seorang wanita belum berkahwin berumur 34tahun berketinggian 145cm dengan berat 35kg.selama ini saya mengalami masalah kurang berat badan(underweight) sejak kecil lagi. Saya sudah melakukan pelbagai cara untuk menaikkan berat badan tetapi tidak berjaya malahan sejak 5 tahun kebelakangan saya telah mengalami penurunan berat yang sangat drastik dari 38kg ke 34-35kg.saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan tetapi tiada masalah kesihatan serius melainkan kurang berat badan sahaja. Saya cuba positif walaupun sering disalaherti oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat dimana saya sengaja tidak makan walaupun bekerja dengan pendapatan lebih dari mencukupi lebih-lebih lagi sejak 2tahun saya menetap dan bekerja di Singapura. Baru-baru ini saya mengalami masalah yang sangat membuatkan saya tertekan saya tiada selera makan saya paksa diri telan makanan kegemaran saya selama ini tetapi saya tidak menikmatinya kerana tidak rasa makanan masuk ke tekak. Boleh doktor terangkan mengapa masalah ini berlaku dan adakah gejala saya ini merujuk kepada simptom sebarang penyakit?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala perasan tertekan, kurang selera makan dan tidak dapat menikmati sesuatu merupakan salah satu tanda dari gejala emosi yang merudum yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan depresi
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi atau pusat psikologi antarabangsa untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- Cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- Jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- Jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- Mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- Percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Bagi meningkatkan berat badan, saya menyarankan anda untuk berusaha meningkatkan terlebih dahulu selera makan. Antara perkara yang boleh anda cuba termasuk
- Melakukan senaman-senaman ringan di petang atau pagi hari (selain bulan puasa)
- Memilih tempat makan yang mempunyai aroma yang menyenangkan.
- Makan dengan teman atau ahli keluarga
- Merancang jenis makanan yang diingini sehari sebelum memakannya.
- Memastikan tubuh sentiasa terhidrat denagn baik
- Sasarkan untuk makan sekurang-kurangnya 6-8 hidangan kecil setiap hari (selain bulan puasa)
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.