Sulit
3 tahun
Masalah loya dan kurang selera makan
Saya remake perempuan Berumur 20 tahun, saya belum berkahwin Dan tidak pernah melakukan seks.Semenjak Dua menjak ni saya mendapati diri saya sering loya Dan kurang selera Makan.setiap Kali lps makan mesti rasa loya Dan menyebabkan berat badan saya susut. Says tidak ada sebarang penyakit yang kronik.bagaimana mahi hilangkan loya slps mkn dan apakah punca loya ini. Serta bagaimana mahu menambah selera makan kerana berat bdn saya dibawah paras normal kerana saya tingg
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kurang selera makan dan loya anda. Terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang boleh hilang selera makan:
- Jangkitan usus atau keracunan makanan; faktor ini adalah faktor yang selalu ditemui disebabkan kelesuan akan menyebabkan seseorang kekurangan tenaga untuk bergerak termasuk makan
- Ulser gastrik atau perut
- Kanser usus
- Kanser perut
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya pucna sebenar dapat diketahui dan anda mendapat rawatan yang sesuai.
Sila berjumpa dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda seperti yang disebutkan:
- Najis bercampur darah (hitam ataupun darah baru)
- Muntah atau kahak bercampur darah
- Penurunan berat badan
- Kelesuan
- Masih hilang selera makan
- Sakit dada dan berdebar
- Pening kepala
- Gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda kami jaga. Terima kasih.