Sulit
3 tahun
Mengalami kurang selera makan
saya perempuan berumur 17 tahun, saya tak nak makan nasi kebelakangan ini, saya macam takbboleh , saya kurang selera makan. bila nmpak maknan pun tak rasa nak makan. jika perkara ini berlarutan, saya kemungkinan akan mengalami kekurangn berat badan yang mendadak memandangkan saya juga merupakan seorang yang kurus. ubat apa perlu saya ambil? vitamin? apa saya perlu buat , doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kerisauan anda yang sedang mengalami masalah kurang selera makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gangguan tekanan
- Masalah kemurungan atau keresahan
- Masalah tiroid
- Masalah pada sistem penghadaman
- Eating disorders
Bagi memberikan nasihat yang tepat untuk anda, kami memerlukan maklumat tambahan terlebih dahulu. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai berdasarkan punca masalah anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.