Sulit
3 tahun
Gastrik, tiada selera makan, cirit birit kronik cmv
saya wanita berumur 37tahun, nak tahu Kos untuk cmv kerajaan. saya mengalami masalah gastrik, tiada selera makan dan juga cirit birit kronik sebelum ni.
boleh bagi penerangan dengan jelas. terima kasih doktor Yang sudi jawab balas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, tetapi tidak terbatas pada
- Jangkitan virus (seperti CMV atau HIV)
- Gastroenteritis
- Jangkitan parasit
- Kemurungan
- Penyakit usus
- Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
- Barah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.