Sulit
3 tahun
Loya, muntah dan hilang selera makan
saya ingin bertanya berkaitan kondisi ibu saya berusia 63 tahun. Sejak ibu saya diarahkan oleH DR untuk mulan,makan simvastatin 40mg, perbagai masalah berlaku. pada mulanya lemah badan dan hilang selera makan. ibu pernah dimasukkan kdlm wad pada januari namun DR masih suruh teruskan ambil ubat ini.sejak 2 hari ini, ibu saya makan dan muntah. adakah ianya simptom biasa?ape yang ptt saya lakukan?mohon pandangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat kolestrol boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- sakit pada bahagian otot badan
- mengganggu fungsi hati (menyebabkan enzim hati berubah)
- jarang-jarang menyebabkan pendarahan pada otak (oleh itu, tidak diberikan kepada pesakit strok)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.