brendanelly287
3 tahun
Kurang selera makan, gastric
Hi dokter, sejak kebelakangan ini, sa kurang selera makan. Jika sa ingin makan , sa berasa tidak ingin makan tetapi perut brasa lapar Dan bila sa makan, sa ingin muntah balik Dan membuatkan sa tidak makan banyak .tapi sya pksa diri untuk mkan smpai mana saya mampu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
kurang sel darah merah
kurang kandungan gula
masalah jantung
masalah ketumbuhan pada perut
ketumbuhan pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.