Sulit
3 tahun
Hilang selera makan selama sebulan
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya hilang selera makan selama sebulan, bila paksa saya mual dan loya. Berat badan jugak turun. Saya jugak sudah tidak tidur malam selama sebulan. Walaupun saya penat atau mengantuk tapi masih tidak boleh pejam mata. Kadang-kadang pada waktu malam berdebar, tangan dan kaki sangat sejuk dan menggigil.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kurang selera makan selama sebulan dan kesukaran tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Kelihatan seperti anda sedang mengalami gangguan emosi. Kebiasaanya, masalah berkaitan dengan emosi boleh memberikan kesan kepada kesihatan fizikal. Kemungkinan anda mengalami salah satu masalah seperti yang berikut :
- Kemurungan
- Gangguan tekanan
- Keresahan
Namun, selain masalah emosi, gejala-gejala anda juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal. Antaranya :
- Penyakit tibi
- Masalah tiroid
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
- Masalah hormon
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat ditangani secepat mungkin. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.