Sulit
3 tahun
Demam on off dan kepala sangat berat , tiada selere makan langsung
saya perempuan berumur 18 thn , saya megalami demam on off selama 4 hari semalam saya pergi ke klinik dan doktor bagi paracetamol tapi saya makan masih tidak berkesan kemudian pada waktu malam saya akan demam mengigil dan sangat pening sehingga tidak boleh bgun . kencing saya agak kuning doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan soalan anda, demam yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti demam influenza ataupun demam denggi. Bacaan platelet iaitu ajen pembekuan darah boleh menurun dalam kondisi demam yang teruk dan ini juga kelihatan oleh bacaan hemoglobin anda. Anda dinasihatkan untuk meneruskan rawatan anda dihospital.
Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.