Sulit
3 tahun
Hilang selera makan kerana perut lewat makan
Saya wanita berumur 18 tahun apabila saya makan pada waktu malam dengan kuantiti yang banyak saya akan muntah balik apa yang saya makan apakan puncanya saya seorang yang kurang minum air putih dan sejak kebelakangan ni saya lewat makan dan tidak makan adakah disebabkan perut saya masuk angin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, gejala/masalah yang dihadapi boleh disebabkan kerana masuk angin susulan lewat makan. Terdapat juga faktor lain terjadinya masalah ini, antaranya ialah:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih