Sulit
2 tahun
Kurang selera makan
saya wanita berumur 21 tahun, saya nak tanya kenapa saya kurang selera makan ya? lepastu saya asyik sendawa kerana banyak angin lepastu tekak saya macam loya. period saya on time takda miss boleh saya tahu punca nya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan usus atau keracunan makanan; faktor ini adalah faktor yang selalu ditemui disebabkan kelesuan akan menyebabkan seseorang kekurangan tenaga untuk bergerak termasuk makan
- Ulser gastrik atau perut
- Kanser usus
- Kanser perut
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
- Hamil jika anda sudah berkahwin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.